Institut Kemahiran MARA telah ditubuhkan sejak tiga dekad yang lalu. Semenjak penubuhannya, IKM telah berjaya melahirkan berpuluh ribu graduan. Setelah menamatkan pengajian di IKM/KKTM ramai graduan yang telah berjaya di dalam kerjaya masing-masing, khasnya dalam bidang teknikal atau sebagai usahawan teknikal. Namun nikmat kejayaan tersebut, selama ini hanya dikecapi oleh lepasan IKM/KKTM secara individu dan peribadi. Oleh itu buat julung kalinya suatu majlis bagi mengumpulkan graduan atau lepasan IKM/KKTM kini diadakan. |