Sejarah Penubuhan Awal IKM Melaka
Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato' Husein. Perdana Menteri Ke - 2 pada bulan Oktober 1968. Pada ketika itu hanya ditadbir oleh seorang pengetua iaitu Encik Abdul Hamid Bin Dato Haji Mohd Salleh, 8 orang tenaga pengajar dan 3 orang kakitangan pentadbiran. Kursus yang dijalankan sebanyak 2 kursus sahaja iaitu :
- Kursus Kajisawat Motor
- Kursus Mekanikal
Setiap bidang tersebut mempunyai latihan asas dinamakan " Common Module " yang dipecahkan kepada beberapa modul seperti Kimpalan, Pemesinan Am dan Lukisan Teknik. Pada tahun 1972 kursus baru diadakan iaitu Lukisan Jentera dan pada tahun 1975 Kursus Ketuk dan Cat Kereta diwujudkan.
Kini Institut Kemahiran MARA Jasin mempunyai 10 kursus iaitu : -
- Sijil Kejuruteraan Elektrik & Domestik
- Sijil Kejuruteraan Elektik Kuasa
- Sijil Teknologi Mekanikal Pembuatan
- Sijil Teknologi Penyelenggaraan Mesin
- Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan
- Sijil Teknologi Kimpalan
- Sijil Kejuruteraan Mekanikal Lukisan & Rekabentuk
- Sijil Kejuruteraan Automotif Komersial
- Sijil Kejuruteraan Automotif Jentera Berat
- Diploma Teknologi Automotif
Maklumat lanjut, para pengguna boleh memuat turun berkaitan sejarah IKM Jasin. Sila klik Sejarah IKM Jasin 2009.pdf
|