Logo

PEREKA LOGO : NOR IZWAN BIN MESRAN
KETERANGAN AMALAN 5S
- Seiri (Sisih): Mengasingkan barang yang tidak diperlukan di tempat kerja. Hanya meletakkan barang-barang yang diperlukan sahaja.
- Seiso (Sapu): Membersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
- Seiton (Susun): Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil dan digunakan.
- Seiketsu (Seragam): Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.
- Shitsuke (Sentiasa Amal): Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dan menjadi amalan yang berterusan.
KETERANGAN LOGO
- Huruf 5S ditengah-tengah logo menunjukkan pelaksanaan 5S di IKM Johor Bahru.
- Lingkaran mengelilingi logo melambangkan usaha yang berterusan dalam melaksanakan 5S.
- Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal adalah slogan yang disusun dalam bentuk separuh bulatan, melambangkan amalan tesebut mestilah sentiasa menjadi amalan di IKM JB secara berterusan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
KETERANGAN WARNA
Warna Biru pada logo melambangkan IKM Johor Bahru adalah sebuah organisasi yang mementingkan kualiti dalam semua aspek.
- Warna biru juga merupakan warna korporat bagi MARA dan IKM JB.
