Menu Utama Diploma Teknologi Mekanikal Gas
   
Maklumat Untuk
  Program-program
  Pembelajaran dan Latihan
  Kalendar Latihan
  Bantuan Pembiayaan
  Kelayakan Minima
  Prospek Kerjaya
  Kemudahan
  Pengambilan
   
PENGENALAN
Kursus Diploma Teknologi Mekanikal Gas bermula daripada inisiatif pihak MARA untuk mewujudkan satu tahap baru di mana MARA telah bekerjasama dengan Pusat Pengajian Diploma (PPD) UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur untuk mengadakan satu lagi pengajian di peringkat Diploma. Dari segi penilaian, pelatih dinilai merujuk kepada sistem CGPA, di mana keputusan setiap semester dikeluarkan oleh pihak UTM.
TEMPOH KURSUS
36 bulan (sepenuh masa)
KELAYAKAN

 

SPM/SPM(V) dengan KEPUJIAN dalam subjek berikut :

  • Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia
  • Matematik atau Matematik Tambahan
  • Dan KEPUJIAN dalam mana-mana satu (1) Subjek dalam Kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional serta Lulus Bahasa Inggeris.

 

KANDUNGAN LATIHAN
Kursus ini menawarkan latihan berasaskan teori dan amali dalam bidang Gas.  Pengeahuan dan latihan yang dipelajari adalah meliputi SUBJEK UMUM dan SUBJEK TEKNIKAL.
SUBJEK UMUM
Sains Kejuruteraan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Kemahiran Komputer, Lukisan Kejuruteraan, Pengajian Malaysia, TITAS, Matematik dan Latihan Industri
SUBJEK TEKNIKAL

Memahami dan berupaya menghasilkan lukisan kejuruteraan secara manual.

Penggunaan yang betul dan penyenggaraan peralatan tangan, peralatan kuasa dan alatan paip juga termasuk alatan elektro - fusion bagi tujuan pemasangan dan fabrikasi.  Juga mengenai rekabentuk asas penentuan saiz paip tekanan rendah dan tinggi.

Pembinaan sistem saluran paip bagi pengedaran gas mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Malaysian Code Of Practice.

Prinsip dan penggunaan Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan kepada kontrak berskala kecil yang bersabit dengan bangunan domestik dan komersil tingkat rendah.

Pengetahuan mengenai ciri-ciri fizikal dan kimia bagi gas kegunaan komersil termasuk proses pembakaran dan prinsip operasi meter letupan mudahalih (portable explosion meters).

Mengenai Sistem Gas Liquefied Petroleum, Juga termasuk LPG piping and manifold system.  Penekanan ke atas rekabentuk, pemasangan, commissioning dan penyelesaian masalah sistem asas LPG

Prinsip sistem kawalan termasuk sistem ignition dan flame safeguard yang merangkumi kawalan elektrik dan bukan elektrik.  Penekanan kepada pemasangan,commissioning dan penyelesaian masalah alatan gas perumahan dan komersial.

Konsep rekabentuk kejuruteraan dan ekonomi bagi penghantaran gas tekanan tinggi dan pengagihan gas tekanan rendah.