|
| PENGENALAN |
Kursus Teknologi Elektrik Kuasa mula ditawarkan di IKM Johor
Bahru pada tahun 1995. Kursus ini dijalankan secara usahasama antara
MARA dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Tempoh pembelajaran bagi
kursus ini adalah selama 36 bulan (3 tahun) iaitu 6 semester. Dalam
tempoh tersebut pelatih dikehendaki menjalani latihan di IKM selama 4
semester (semester 1,2,4 & 6) dan 2 semester (semester 3 & 5)
dikehendaki menjalani latihan disektor perindustrian yang berkaitan |
| TEMPOH KURSUS |
| 36 bulan (sepenuh
masa) |
| KELAYAKAN |
- SPM/SPM(V) dengan Lulus Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia
- Kepujian Matematik atau Matematik Tambahan dan Lulus SATU (1) matapelajaran kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional
Atau
Lulus Matematik atau Matematik Tambahan dan Kepujian SATU (1) matapelajaran kumpulan Sains/Teknologi/Vokasional. |
| KANDUNGAN LATIHAN |
| Pembelajaran dan latihan
meliputi membuat kerja-kerja penyeliaan, pendawaian, menbaik pulih,
menyenggara, menguji sistem pepasangan dan kelengkapan alatradas
elektrik termasuk kerja-kerja talian dan kabel bawah tanah (voltan
rendah). |
| SUBJEK TEKNIKAL |
Pelatih yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Teknologi
MARA dan Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera A1. Kursus ini
berasaskan teori dan amali dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Pelatih
berpeluang melakukan latihan amali secara individu atau berkumpulan
dengan bimbingan daripada pengajar yang terlatih dan berpengalaman
luas dalam bidang ini. Pembelajaran dan latihan meliputi membuat
kerja-kerja penyeliaan, pendawaian, membaik pulih, menyelenggara,
menguji sistem pepasangan dan kelengkapan alatradas elektrik termasuk
kerja-kerja talian atas dan kabel bawah tanah (voltan rendah).
|
|
|