| MISI |
-
Mewujudkan organisasi yang efektif melalui sistem pengurusan yang berkualiti bagi menepati keperluan pelanggan.
-
Melatih dan melahirkan graduan yang berketerampilan, berdaya saing dan bersahsiah terpuji bagi memenuhi keperluan industri semasa.
-
Mendorong pelatih supaya menjadi usahawan teknikal yang berjaya.
-
Mewujudkan hubungan warga kerja dan persekitaran yang mesra dan ceria bagi memenuhi keperluan pelanggan.
|
| |
| VISI |
-
Menjadikan IKM Johor Bahru sebagai sebuah Institut Latihan Kemahiran yang terunggul dan ekektif dengan mempertingkatkan kemudahan prasarana serta memperkukuhkan perlaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran berlandaskan penggunaan teknologi terkini, kondusif bagi memenuhi kepuasan pelanggan serta mempertingkatkan komitmen menyeluruh di kalangan semua warga IKMJB.
-
Lonjakan pencapaian prestasi ini, dipastikan dapat memenuhi kehendak pasaran industri dan penglibatan aktif sebagai usahawan teknikal.
|
| |
| OBJEKTIF |
- Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera supaya menyertai dengan aktif dan maju dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan kecil atau sederhana ke arah pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
|
| |
| PIAGAM PELANGGAN |
- Setiap dokumen yang lengkap berkaitan dengan elaun pelatih akan dihantar ke Ibu Pejabat MARA selewat-lewatnya satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran.
- Setiap pelatih akan ditempatkan ke asrama selewat-lewatnya dua (2) jam selepas waktu pendaftaran pertama.
- Setiap pelanggan yang memerlukan maklumat berkaitan dengan IKM JB akan dibekalkan dengan satu pamplet yang membolehkan maklumat yang diterima adalah tepat.
- Setiap pelatih akan mengikuti program-program pembangunan sahsiah yang akan diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam satu semester.
- Setiap pelatih yang memerlukan rawatan kecemasan akan dihantar ke hospital dalam masa 15 minit.
- Setiap panggilan telefon akan dilayan dalam tempoh tiga (3) deringan.
- Setiap permohonan calon bagi tawaran pekerjaan oleh pihak industri yang berkaitan akan dijawab dalam masa satu minggu .
- Program peningkatan profesionalisma kakitangan akan diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam masa satu tahun
- Setiap kes disiplin yang dibawa kepada Lembaga Tatatertib IKM JB akan diambil tindakan
- Surat aduan dan cadangan yang diterima akan dijawab dalam masa satu minggu daripada tarikh penerimaan surat tersebut.
|