Assalamualaikum w.b.t..

        Selamat datang diucapkan kerana sudi melayari laman web IKM Kota Kinabalu. IKM KK merupakan IKM yang ke-13 dibina oleh MARA dan yang pertama dibina di Sabah dan seluruh Malaysia. Mula dibina pada Ogos 2000 dan siap sepenuhnya pada bulan Mei 2002. IKM KK dibina di atas tanah yang seluas 35 Hektar.

       IKM KK mula beroperasi pada 1 Julai 2002 dan pengambilan pertama pada 29 julai 2002 seramai 106 orang. Pada masa itu terdapat 3 kursus yang ditawarkan oleh IKM KK iaitu Teknologi Senibina, Teknologi Awam Bangunan dan Teknologi BaikPulih Badan Kenderaan. Semua kursus ini di peringkat Sijil.

Pada masa sekarang, terdapat 6 kursus perdana yang ditawarkan oleh IKM KK iaitu :-

  • Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan.
  • Sijil Senibina.
  • Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan.
  • Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif.
  • Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
  • Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara & Penyejukan.

Selain kursus perdana, IKM KK turut menjalankan Kursus Kimpalan 6G. Kursus ini merupakan kerjasama antara MARA bersama PETRONAS. Kursus ini dijalankan selama 3 bulan.

  • Kimpalan Kimpalan 6G - Usahasama MARA dengan PETRONAS.

Kursus Jangka Pendek iaitu Kursus 3L (Life long Learning) juga dilaksanakan di IKM Kota Kinabalu pada Jun 2007. Kursus ini dijalankan selama 6 bulan sahaja. Kursus 3L ini terbahagi kepada lima jenis kursus iaitu Lepa & Jubin, Drywall Partition & Aluminium, Baikpulih Enjin Petrol, Autocad dan Landskap & Hortikultur.

Makluman Penting

Permohonan Kemasukan ke IKMKK (Segera) .

Sebanyak 53 tempat kekosongan lagi untuk diisi oleh pelajar baru. Pemohon boleh hadir terus ke IKM Kota Kinabalu di Sepanggar, dengan membawa dokumen seperti dibawah :-

1. Salinan Kad Pengenalan & Surat Beranak ( Disahkan oleh JPN)
2. Salinan Sijil atau Slip keputusan SPM. (Disahkan oleh Pegawai Gred A)
3. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga (Disahkan oleh JPN)
4. Salinan sijil-sijil yang berkaitan

Kursus yang ditawarkan dan masih lagi kekosongan adalah seperti dibawah:

a) Kursus Sijil Senibina (D01) (12 Kekosongan)

- Kelayakan LULUS SPM/SPM(V), LULUS Bahasa Melayu, SATU (1)
KEPUJIAN
dalam mana-mana matapelajaran dan LULUS
Matematik / Matematik Tambahan
* LULUS Pendidikan Seni / Seni Visual / Ujian Portfolio
adalah diutamakan

b) Kursus Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan (C21)( 11 Kekosongan)
- Kelayakan LULUS SPM/SPM(V), LULUS Bahasa Melayu, SATU (1)
KEPUJIAN
dalam mana-mana matapelajaran dan LULUS
Matematik / Matematik Tambahan

c) Kursus Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (A21)( 6 Kekosongan)
- Kelayakan LULUS SPM/SPM(V), LULUS Bahasa Melayu, SATU (1)
KEPUJIAN
dalam mana-mana matapelajaran dan LULUS
Matematik / Matematik Tambahan
(Lelaki Sahaja)

d) Kursus Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan (A14)( 13 Kekosongan)
- Kelayakan LULUS SPM/SPM(V), LULUS Bahasa Melayu

e) Kursus Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyaman Udara & Penyejukan (E23)( 11 Kekosongan)
- Kelayakan LULUS SPM/SPM(V), LULUS Bahasa Melayu, SATU (1)
KEPUJIAN
dalam mana-mana matapelajaran dan LULUS
Matematik / Matematik Tambahan

Untuk pertanyaan boleh hubungi dengan Pn. Cathrice Sing di talian 088-498197 atau fax 088-497512.

Jawatan Kosong ( Juruteknik Bangunan (J17))

Kelayakan - Warganegara Malaysia, Mempunyai Sijil yang diiktiraf oleh JPA dari Sijil Politeknik (dalam Bidang Awam, Bangunan). Pemohon boleh menghantar Resume ke alamat seperti di bawah :

Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu,
Lot 4 KKIP, KM 7 Jalan Sepanggar
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

* Untuk makluman kepada bekas pelajar IKMKK, diminta isi borang susulan pelajar lepasan IKMKK untuk pengumpulan data di IKMKK. Borang boleh muat turun disini dan hantar ke email ikm_kk@yahoo.com.my

 

 

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dan Firefox dengan resolusi skrin 800x600 pixel
Penafian : IKM Kota Kinabalu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat
dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa
All Right Reserved © 2011 by Unit IT IKM Kota Kinabalu.Tarikh akhir kemaskini 18 Mei 2011