MINGGU SILATURRAHIM SESI JAN - JUN 2010 .

Pada 28 - 31 Disember 2009, IKM KK telah menjalankan pengambilan pelajar baru untuk sesi Jan - Jun 2010. Seramai 171 pelajar baru telah mendaftar di IKMKK bagi mengisi 6 Kursus perdana yang dijalankan di IKM KK. Antara 6 kursus ialah Sijil Teknologi Automotif (STAF), Sijil Teknologi Baik Pulih Badan Kenderaan (STBK), Sijil Teknologi Elektrik Kuasa (STEK), Sijil Teknologi Mekanikal Penyaman Udara & Penyejukan (STPP), Sijil Teknologi Bangunan (STBN) dan Sijil Teknologi Senibina (STSB). Semua pelajar baru perlu mengikuti Minggu Silaturrahim bagi menyesuaikan diri pelajar dalam persekitaran Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) di IKM KK. Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu silaturrahim ialah ceramah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sukan dan riadah, gotong royong, "jungle trekking". Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk sifat kerjasama antara satu sama lain bagi meningkatkan serta menaikkan semangat diri untuk belajar di IKM KK. Majlis penutup Minggu Silaturrahim telah disempurkan oleh Haji Abdul Halim bin Mamat, Timbalan Pengarah (KP&HEP) bagi mewakili Pengrah IKM KK.


Sesi pendaftaran


Taklimat Ibu Bapa


Sesi taklimat kepada semua
pelajar baru

Pembahagian kumpulan


Suai kenal antara kumpulan


Ceramah

Jungle Trekking

Jungle Trekking

Majlis penyampaian hadiah

Sesi bergambar bersama AJK
Minggu Silaturrahim Jan-Jun 2010

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 800x600 pixel
Penafian : IKM Kota Kinabalu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat
dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa
All Right Reserved © 2008 by Unit IT IKM Kota Kinabalu.Tarikh akhir kemaskini 26 Mac 2010