|
|
Assalamualaikum w.b.t..
Selamat datang diucapkan kerana sudi melayari laman web IKM Kota Kinabalu. IKM KK merupakan IKM yang ke-13 dibina oleh MARA dan yang pertama dibina di Sabah dan seluruh Malaysia. Mula dibina pada Ogos 2000 dan siap sepenuhnya pada bulan Mei 2002. IKM KK dibina di atas tanah yang seluas 35 Hektar.
IKM KK mula beroperasi pada 1 Julai 2002 dan pengambilan pertama pada 29 julai 2002 seramai 106 orang. Pada masa itu terdapat 3 kursus yang ditawarkan oleh IKM KK iaitu Teknologi Senibina, Teknologi Awam Bangunan dan Teknologi BaikPulih Badan Kenderaan. Semua kursus ini di peringkat Sijil.
Pada masa sekarang, terdapat 6 kursus perdana yang ditawarkan oleh IKM KK iaitu :-
-
Sijil Teknologi Bangunan.
-
Sijil Teknologi Senibina.
-
Sijil Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan.
-
Sijil Teknologi Automotif.
-
Sijil Teknologi Elektrik Kuasa (Penjaga Jentera A1).
-
Sijil Teknologi Pemanasan, Pengudaraan, Penyamanan Udara & Penyejukan.
Selain kursus perdana, IKM KK turut menjalankan Kursus Kimpalan 6G. Kursus ini merupakan kerjasama antara MARA bersama PETRONAS. Kursus ini dijalankan selama 3 bulan.
- Kimpalan Kimpalan 6G - Usahasama MARA dengan PETRONAS.
Kursus Jangka Pendek iaitu Kursus 3L (Life long Learning) juga dilaksanakan di IKM Kota Kinabalu pada Jun 2007. Kursus ini dijalankan selama 6 bulan sahaja. Kursus 3L ini terbahagi kepada lima jenis kursus iaitu Lepa & Jubin, Drywall Partition & Aluminium, Baikpulih Enjin Petrol, Autocad dan Landskap & Hortikultur.
Makluman Penting
* Kepada semua Bakal Graduan untuk Konvokesyen kali ke-6 IKMKK, bakal Graduan boleh "Check" nama dalam senarai graduan. Senarai graduan boleh dimuat turun seperti di bawah:
1. Sesi Julai - Disember 2009
2. Sesi Januari - Jun 2010
Jika nama anda ada di dalam senarai Graduan, para bakal graduan perlu memuat turun Borang A & B untuk diserahkan kembali ke Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu, Sabah dengan kadar segera. Borang boleh dimuat turun seperti dibawah :
1. Borang A & B
2. Surat Jemputan Konvokesyen
Segala kerjasama bakal graduan, pihak IKM KK mengucapkan ribuan terima kasih dan Tahniah.
* Untuk makluman kepada bekas pelajar IKMKK, diminta isi borang susulan pelajar lepasan IKMKK untuk pengumpulan data di IKMKK. Borang boleh muat turun disini dan hantar ke email ikm_kk@yahoo.com.my
|
| |
|
|
|