MAJLIS PERJUMPAAN WARGA KERJA IKM KOTA KINABALU

Pada 11 Julai 2011, Pihak Pengurusan IKMKK telah mengadakan perjumpaan dengan semua warga kerja IKMKK bagi menyampaikan maklumat-maklumat kepada semua warga kerja IKMKK. Tujuan perjumpaan ini diadakan bagi menyampaikan maklumat, memperkenalakan staf-staf baru, staf berpindah. Pada majlis ini, taklimat telah disampaikan oleh Pengarah IKMKK, En Idris bin Alias.

Pada perjumpaan ini juga, satu ceramah telah diadakan dan disampaikan oleh Ustaz Bongsu dari Universiti teknologi MARA (UiTM) Sabah. ceramah ini diadakan bagi memberi motivasi kepada semua warga kerja IKMKK dalam pekerjaan seharian. Penyampaian cenderahati kepada penceramah telah disempurnakan oleh Pengarah IKMKK, En Idris bin Alias.

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 800x600 pixel
Penafian : IKM Kota Kinabalu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat
dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa
All Right Reserved © 2011 by Unit IT IKM Kota Kinabalu.Tarikh akhir kemaskini 18 Mei 2011