PEMBELAJARAN & LATIHAN  

Struktur latihan merangkumi pengajaran teori di samping menekankan kekompetenan / kecekapan praktik bagi menjamin mutu kemahiran setiap pelatih.

Program dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berdedikasi, terlatih serta berpengalaman. Peralatan yang digunakan bagi tujuan pembelajaran sentiasa disesuaikan dengan keperluan teknologi semasa.

KOMPONEN LATIHAN

Terbahagi 5 bahagian:

1. Pengajian Teknikal - Komponen latihan utama kepada kursus.
2. Pengajian AM - Komponen latihan sokongan terdiri daripada subjek - subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pengajian Malaysia, Keusahawanan dan Aplikasi Komputer.
3. Ko-Kurikulum - Pelajar hanya diwajibkan melibatkan sekurang - kurangnya satu aktiviti ko-kurikulum sepanjang latihan dan akan diberikan sijil/surat pengesahan yang dikeluarkan oleh IKM atau badan yang menganjurkannya. Ko-Kurikulum yang terdapat di IKM Kota Kinabalu, Sabah terbahagi kepada dua kategori iaitu Badan Beruniform dan Badan Bukan Berunifom.
4. Latihan Industri - Latihan Dalam Loji diwajibkan kepada semua pelajar. Jangkamasa latihan selama 6 bulan dan dijalankan pada semester akhir (Semester 4). Diwajibkan kepada semua pelajar IKMKK bagi mendedahkan pelajar kepada suasana latihan di industri.
5. Pembentukan Sahsiah - Merupakan komponen pembangunan sahsiah pelajar.

BAHASA PENGHANTAR  

Bahasa penghantar utama adalah dalam Bahasa Malaysia . Walau bagaimana pun, penggunaan Bahasa Inggeris amat digalakkan.

PERSIJILAN

Sijil Kemahiran MARA, dikeluarkan oleh Maljis Amanah Rakyat (MARA)

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Pelajar yang mendapat kelulusan cemerlang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di:-

  • Malaysia France Institute (MFI)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Lain-lain Institusi Pengajian Dalam dan Luar Negara.

PELUANG KERJAYA

Pasaran pekerjaan bagi lepasan IKM adalah sangat baik khususnya di sektor swasta. Namun demikian lepasan IKM sangat digalakkan menceburi bidang keusahawanan seperti membuka perniagaan yang berkaitan dengan bidang teknikal yang diceburi.

KALENDAR LATIHAN

Dua semester latihan dijalankan setahun dengan setiap semester mengandungi 26 minggu. Pada amnya pecahan setiap semester pengajian ialah seperti berikut:

Minggu 1-10
:
Latihan
Minggu 11
:
Minggu Aktiviti
Minggu 12-23
:
Latihan
Minggu 24-26
:
Cuti Semester


UNIT PEPERIKSAAN & PERSIJILAN

Bilangan Pelajar IKM Kota Kinabalu mengikut kursus Sesi JANUARI - JUN 2011.

Kursus
Sem 1
Sem 2
Sem 3
Sem 4
Sem 5
Sem 6
Jumlah
L
P
L
P
L
P
L
P
L
P
L
P
STBN
9
5
15
7
8
2
17
-
-
-
-
63
STSB
5
6
7
9
12
3
15
-
-
-
-
57
STAF
48
-
55
-
34
-
88
-
-
-
-
-
175
STBK
37
-
29
-
26
-
27
-
-
-
-
-
119
STEK
38
-
47
-
37
-
30
-
33
-
38
-
223
STPP
24
-
28
-
7
-
19
-
-
-
-
-
78
JUMLAH
161
11
181
16
124
5
146
-
33
-
38
-
715
JUMLAH
172
197
129
146
33
38
LATIHAN INDUSTRI
37
116
33
-
KIMPALAN 6G - MARA / PETRONAS
20
3L - SIJIL KEMAHIRAN KERJA ALUMINIUM
-
3L - SIJIL KEMAHIRAN BAIK PULIH ENJIN PETROL
-
3L - SIJIL KEMAHIRAN LEPA & JUBIN
-
3L - SIJIL KEMAHIRAN LANDSKAP & HORTIKULTUR
-
3L - SIJIL KEMAHIRAN AUTOCAD
-
TITIAN ARTIKULASI
14
JUMLAH PELAJAR KESELURUHAN
749

 

 


MARA Liner

Laman Web Kerajaan

 

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 800x600 pixel
Penafian : IKM Kota Kinabalu tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat
dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa
All Right Reserved © 2011 by Unit IT IKM Kota Kinabalu.Tarikh akhir kemaskini 18 Mei 2011