/UTUS.jpg)

IDRIS BIN ALIAS
PENGARAH IKM
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT, kerana diberi kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam laman web IKM Kota Kinabalu. Terima kasih kepada Unit Media IKM Kota Kinabalu yang telah menyedia maklumat bagi tujuan untuk mempromosikan IKM Kota Kinabalu.
Dengan adanya laman web ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada orang ramai khasnya di Sabah untuk mengetahui program-program yang ditawarkan di IKM serta aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan dari masa ke semasa.
MARA sebagai agen perubahan, pembimbing, penyebar ilmu dan penyemai nilai murni (values) bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran dan nilai keusahawanan bertepatan dengan objektif pendidikan MARA untuk melahirkan modal insan global dan berintegriti.
Selaras dengan visi MARA menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa, MARA telah merancang transformasi pendidikan menumpu kepada pembangunan modal insan berteraskan nilai murni, berkemahiran dan berpengetahuan berorientasikan kemahiran.
Saya yakin dengan pelan transformasi MARA ini berupaya melahirkan lepasan IKM yang berupaya menjadi tenaga kerja berpendapatan tinggi (high income earner) selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE).
Akhir kata, saya bagi pihak warga IKM Kota Kinabalu, mengalu-alukan kedatangan anda melayari laman web kami. Sokongan dan pandangan anda amatlah diperlukan bagi melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Kemahiran Memacu Kearah Kejayaan. Sekian, terima kasih. Wassallam.
" KEUSAHAWANAN & PENDIDIKAN GLOBAL "
"AMANAH RAKYAT "
|