![]() |
|
Pelajar IKMKK, Mathious Iban dalam bidang Automotif telah layak ke peringkat akhir dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia 2011 yang telah diadakan di CIAST, Shah Alam pada bulan Mei 2011. Pra Kelayakan telah dijalankan Perkarangan Stadium Terbuka di Kedah pada bulan April. Seramai 128 peserta telah menyertai pra kelayakan ini yang terdiri dari IKM, ABM, GiatMARA dan agensi-agensi kemahiran. Seramai 6 peserta pra kelayakan telah layak ke peringkat akhir dan salah seorang peserta dari IKMKK.
Pelajar IKMKK, Almieus Monduring Ammann Sirom dalam bidang Penjubinan telah layak ke peringkat akhir dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia 2011 yang telah diadakan di ABM Wilayah Tengah Kuala Lumpur pada bulan Mei 2011. Pra Kelayakan telah dijalankan IKM Sg Petani Kedah pada bulan April. Seramai 128 peserta telah menyertai pra kelayakan ini yang terdiri dari IKM, ABM, GiatMARA dan agensi-agensi kemahiran. Seramai 6 peserta pra kelayakan telah layak ke peringkat akhir dan salah seorang peserta dari IKMKK.
|