|
|
/SEJARAH.jpg)
Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah mula dibina pada bulan Ogos 2000 dan siap sepenuhnya pada bulan Mei 2002. IKM ini dibina di atas tanah seluas 35 Hektar di Sepanggar. IKM Kota Kinabalu beralamat :
INSTITUT KEMAHIRAN MARA KOTA KINABALU,
LOT 4, KOTA KINABALU INDUSTRIAL PARK,
KM 7 JALAN SEPANGAR,
88450 KOTA KINABALU,
SABAH.
TEL : 088-498197 FAX : 088-497512
Projek pembinaan ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan dan kos pembinaannya adalah RM 36,291,436.42 juta. IKM Kota Kinabalu ini merupakan Institut Kemahiran MARA yang ke-13 dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di seluruh Malaysia dan pertama di Negeri Sabah. IKM dibina untuk membantu belia-belia dan beliawanis mempertingkatkan kemahiran, menimba ilmu dalam bidang kemahiran selaras dengan seruan kerajaan supaya para belia dan beliawanis di Malaysia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan teknologi agar dapat merealisasikan Malaysia sebagai negara maju menjelang Tahun 2020.
IKM KK mula beroperasi pada Julai 2002 dan pengambilan pertama pelatih IKM seramai 106 orang dalam 3 kursus yang ditawarkan pada masa itu. Pada masa sekarang, terdapat 7 kursus yang ditawarkan oleh IKM KK iaitu Teknologi Bangunan, Teknologi Senibina, Teknologi Baikpulih Badan Kenderaan, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik Kuasa, Teknologi Pemanasan, Pengudaraan & Penyamanan Udara dan Kimpalan 6G hasil usahasama MARA dan PETRONAS. Semua kursus ini adalah di peringkat SIJIL.
|
|
|