Institut
Kemahiran MARA Kuching merupakan sebuah Institut Pendidikan Teknikal
yang tertua di Negeri Sarawak. Institut ini telah ditubuhkan pada
tahun 1983 dan terletak Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya. Institut
ini telah dibangunkan di atas kawasan seluas 18.81 hektar.
Mula
beroperasi dengan pengambilan pelatih seramai 51 orang pada tahun
1984 dengan empat bidang kursus kemahiran ditawarkan iaitu Kursus
Kerja-kerja Paip, Kursus Menerap Bata dan Melepa, Kursus Pertukangan
Kayu dan Tanggam dan Kursus Pertukangan Perabot. Seterusnya tiga
lagi Kursus ditambah iaitu Kursus Kajisawat Motor, Kursus Kimpalan
Gas dan Arka dan Kursus Elektrik Domestik & Industri. Dua
bidang kursus lagi diperkenalkan iaitu Kursus Kursus Kajisawat
Motosikal pada tahun 1988 dan Kursus Mengetuk dan Mengecat Kenderaan
pada tahun 1990. Pada akhir tahun 1993 Kursus Kajisawat Motosikal
telah hentikan.
Institut Kemahiran MARA Kuching
mara setapak lagi apabila menambah beberapa Kursus iaitu Kursus
Teknologi Kejuruteraan Marin (1998), Kursus Teknologi Kejuruteraan
Elektronik Industri (2001) dan Kursus Penjaga Jentera Gred A1(Usahasama
MARA dan Kerajaan Negeri Sarawak) pada pertengahan tahun 2003.
Kini
Institut Kemahiran MARA Kuching mempunyai 9 bidang Kursus Kemahiran
Teknologi.
Bermula
dari tahun 1984 hingga 2007,seramai 12 orang Pengetua telah berkhidmat
di IKM Kuching iaitu:
Bil. |
Nama
Pengetua |
Tahun |
1 |
En.
Zakaria bin Ismail |
8/1983 |
2 |
En.
Mohd. Yazid bin Muhammad |
1/1986 |
3 |
En.
Muhammmad bin Samad (Menjalankan Tugas) |
1/1988 |
4 |
Tn.
Hj. Nam bin Marthinin |
1/1989 |
5 |
En.
Mohd Salleh bin Mat |
12/1992 |
6 |
En.
Wan Sabri bin Wan Ismail (Menjalankan Tugas) |
12/1996 |
7 |
En.
Mohamad Zain bin Saad |
11/1997 |
8 |
En,
Saharuddin bin Abdul Hamid |
11/2000 |
9 |
En.
Azahar bin Hj. Ahmad Teridi (Menjalankan Tugas) |
7/2002 |
10 |
Tn.
Hj. Abang Mohd Samatan bin Abang Rambli |
10/2003 |
11 |
En. Mahzan bin Teh |
11/2006 |
12 |
En. Mahazani bin Ali |
06/2007 |