Anda adalah pengunjung ke
hit counter from seo company

SENARAI KAKITANGAN PENGAJIAN AM &
TEKNIKAL YANG MENCAPAI TAHAP
CEMERLANG
(100%)
DALAM PENILAIAN KUALITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IKM
KUCHING BAGI SESI JAN-JUN 2010

sila klik


IKM Kuching akan mengadakan Lawatan Ke UNIMAS pada 5 MEI 2010 ini bagi melihat perjalanan 5s yang dilakukan oleh pihak UNIMAS. Dengan lawatan sambil belajar ini dapat memberikan pihak IKMK melihat lebih jelas cara dan pelaksanaan 5s agar dapat di laksanakan di IKMK.

Debaran Sukan MARA Serawak kali ke2 (SUKMASII), akan diadakan pada bulan Mei 2010 telah ditunda pada hujung bulan JULAI 2010.. SUKMASII akan diadakan di Maktab Rendah Sains MARA Betung (MRSM Betung) Sarawak, ia menglibatkan 5 agensi MARA iaitu IKM Kuching, MRSM Kuching, MRSM Betung, GIAT MARA Sarawak dan MARA Negeri Sarawak.

Permohonan untuk pengambilan kemasukan ke IKM bagi sesi Jul-Dis 2010 telah dibuka. Permohonan boleh dibuat secara online, sila klik pada menu permohonan kemasukan ke IKM pada pautan pantas.

Peperiksaan Akhir bagi Semester Jan-Jun 2010 akan bermula pada pertengahan bulan Mei ini.

Buletin IKMK keluaran JAN 2010 , FEB 2010 dan MAC 2010 sila Klik untuk muat turun.

 

JAMUAN MAKAN BAGI SAMBUTAN 1 MEI 2010 IKM KUCHING.

30 APRIL 2010 yang lepas, IKMK telah mengadakan satu jamuan untuk semua kakitangan bagi sambutan hari pekerja 1 Mei 2010. Jamuan didahulukan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Ahmad Khairul Nizam dan ucapan dari pengarah IKMK En. Mahazani. Jamuan telah berlangsung dari jam 3.30 petang sehingga 4.15 petang. Diharapkan dengan jamuan ini hubungan setiap pekerja akan lebih erat dan IKMK akan terus maju kehadapan. lagi...

MAJLIS PERPISAHAN WARGA KERJA IKM KUCHING.

28 APRIL 2010 satu Majlis Perpisahan bagi warga kerja IKM Kuching iaitu En Azmi Bin Kassim bertukar ke IKM KL, En Nasran Bin Yaacob bertukar ke IKM Lumut, Puan Lizawati Binti Abdul Hamid telah tamat kontark beliau dengan MARA, En. Mohamad Bin Johari bersara. IKM Kuching mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa dan bakti mereka di IKM Kuching ini, semoga mereka akan terus berjaya di tempat yang baru. Lagi..

MESYUARAT AGUNG BAKSI KALI KE 3 IKMK

Pada 28 APRIL 2010 IKM Kuching telah mengadakan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Dan Sosial IKM ( BAKSI ) buat kali ke 3. Mesyuarat kali ini juga telah membuat perlantikan baru untuk ahli jawatan Kuasa tertinggi iaitu Pengerusi, Bendahari, Sitiausaha dan Timb. Pengerusi, Bendahari dan Sitiausaha. Diharapkan BAKSi IKM Kuching akan terus Maju kehadapan dengan barisan baru ini. lagi....

SUKAN PERSAHABATAN IKM & POLITEK

Sukan persahabatan diantaran IKM Kuching dan Politeknik Kuching telah diadakan pada 16 April 2010. 3 ketogeri sukan dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Petanque dan Bola Jaring. Petanque dan Bola sepak dimenangi oleh pasukan IKM dan Bola jaring dimenangi oleh POLITEK. lagi.....

JAMUAN BAHAGIAN PENTADBIRAN IKMK

Bahagian Pentadbiran IKMK telah mengadakan jamuan bagi staf pentadbiran sempena kepulangan En. Mahazani Ali ke IKM setelah berada di Jerman selama 4 bulan. Jamuan telah diadakan pada 16 April 2010 yang lepas. lagi..

KURSUS WELDING INSPECTOR BAGI PELAJAR STKN

Pada 3 hingga 5 April 2010 satu Kursus Welding Inspector telah dianjurkan oleh MARA bagi pelajar semester 3 Sijil Teknologi Kimpalan (STKN) IKM Kuching. Seramai 10 orang pelajar telah menyertai program ini. lagi....

MINGGU AKTIVITI PELAJAR IKMK SESI JAN-JUN 2010

Minggu aktiviti IKMK telah diada pada 15 sehingga 20 MAC 2010 untuk sesi JAN-JUN 2010 pada tahun ini. beberapa acara sukan dan program-program ilmu telah berjaya dilaksanakan. Diantara program sukan adalah seperti Bola Tampar, Ping pong, takraw dan lain-lain lagi. Manakala program ilmu seperti ceramah pengurusan Jenazah, pertangdingan hafalzan, nasyid dan banyak lagi. syabas di ucapkan kepada pelajar dan staf IKMK yang terlibat untuk menjayakan Minggu aktiviti Sesi JAN-JUN 2010 ini. lagi...

 

 

 

Lagu Negaraku

Lagu MARA

Lagu IKM

Lagu Guru

Lagu Sarawak Ibu Pertiwiku

Tarikh Akhir Kemaskini
Friday, 21 May, 2010 11:15 AM


l Perutusan l Profail l Fasiliti l Permohonan l Diari IKMK l

©Hakmilik Majlis Amanah Rakyat
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024x768 pixel.