LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan suatu aktiviti pembelajaran di luar kampus yang menjadi salah satu syarat untuk melengkapkan kursus. Ini merupakan satu program yang cukup penting bagi meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada pelatih secara praktikal selain daripada latihan yang disediakan semasa aktiviti pembelajaran di dalam kampus.Oleh itu sewajarnya para pelatih menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh diperolehi semasa menjalani Latihan Industri.

Pelatih akan dihantar ke syarikat-syarikat swasta atau agensi kerajaan bersesuaian dengan kursus yang diceburi supaya mereka mendapat pendedahan sewajarnya kepada suasana pekerjaan sebenar.Latihan Industri ini memakan masa selama enam bulan.

Pada masa ini kursus yang terlibat dengan latihan industri di IKM Kuching hanyalah Kursus Teknologi Kejuruteraan Elektrik Domestik & Industri.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Mendedahkan para pelatih kepada suasana pekerjaaan sebenar

Mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang telah diperolehi di IKM untuk kemajuan diri dan kerjaya.

Sebagai salah satu syarat pentauliahan perakuan kekompetenan daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan juga syarat penganugerahan Sijil Teknologi.

KRITERIA PEMILIHAN SYARIKAT

Kriteria pemilihan pemilihan syarikat perkilangan/perdagangan, agensi dan sebagainya adalah berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA dan juga jabatan/agensi Kerajaan yang diberi sesuatu bidang seperti berikut:

Kerja-kerja yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan kursus yang diceburi oleh pelatih.

Syarikat mestilah berdaftar dengan jabatan/agensi yang diberi kuasa oleh kerajaan seperti Kementerian Kewangan,Suruhanjaya Tenaga, Pusat Khidmat Kontraktor dan sebagainya.

Syarikat tersebut mestilah mempunyai orang yang layak yang bertanggungjawab mengawasi keseluruhan pepasangan syarikat (Untuk kursus Elektrik dan Gas sahaja)

Setaiap latihan atau gerakerja yang dilakukan oleh pelatih mestilah di bawah pengawasan dan kawalan orang yang layak atau penyelia syarikat.

ELAUN

Pelatih adalah dilarang sama sekali menuntut apa-apa bayaran gaji, upah atau elaun daripada syarikat. Walaubagaimana pun jika sekiranya pihak syarikat bermurah hati menawarkannya, maka itu adalah saguhati sahaja selain dari elaun bulanan MARA.

SISTEM PENILAIAN

Penilaian bagi program Latihan Industri akan dibuat berdasarkan dua perkara iaitu kehadiran pelatih menjalani Latihan Industri dan gerakerja yang dicatatkan di dalam Buku Log.

Penilaian Buku Log hendaklah dibuat berdasarkan kepada kekemasan, jenis gerakerja yang dilakukan, lukisan yang skematik, pengiraan, gambar-gambar yang berkaitan dengan gerakerja, bilangan aktiviti yang dibuat berbanding tempoh latihan , inisiatif pelatih dan lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

Mana-mana pelatih yang tidak menyempurnakan program Latihan Industri dalam tempoh yang telah ditetapkan akan dianggap gagal.

Dalam kes ini, pelatih tidak akan diberi bantuan elaun sarahidup oleh MARA sepanjang tempoh pelatih mengulang semula Latihan Industri pada semester berikutnya.

Rujukan daripada: Prospektus Program Latihan Kemahiran MARA 2004/2005

 

 


Halaman Utama l Perutusan l Profail l Fasiliti l Permohonan l Diari IKMK l

©Hakmilik Majlis Amanah Rakyat

Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024x768 pixel.