Asalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pertamakali, diucapkan selamat berkunjung ke Laman Web Institut Kemahiran MARA Kuching. Bermula tahun 2004, Laman Web ini telah berwajah baru dan banyak informasi tambahan dan maklumat Institut disediakan kepada pengunjung-pengunjung.

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada masa kini berkembang begitu pantas dan kita seharusnya bergerak seiring supaya tidak ketinggalan dalam mempelbagaikan sumber informasi yang mencukupi bagi yang memerlukannya.

Bagi merealisasikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju, tenagakerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan (K-Workers) adalah amat diperlukan. Sehubungan dengan itu, Institut Kemahiran MARA Kuching yang ditubuhkan pada tahun 1983 telah menyediakan pelbagai Program Latihan Kemahiran yang berasaskan teknologi terkini.

Dari masa ke semasa pelbagai Program Latihan Kemahiran diujudkan, bertujuan bagi melahirkan tenagakerja yang mampu menghadapi cabaran globalisasi dunia hari ini. Institut ini juga menyediakan pelbagai fasiliti bagi mereka yang memerlukan latihan kemahiran tenikal dan pengetahuan.

Akhir sekali, layarilah laman Web ini bagi memperolehi infomasi terkini berhubung dengan program dan aktiviti yang dijalankan di Institut Kemahiran MARA Kuching.

Sekian Terima Kasih
MAHAZANI BIN ALI
Pengarah
Institut Kemahiran MARA
Kuching

 

 


Halaman Utama l Profail l Fasiliti l Permohonan l Diari IKMK l

©Hakmilik Majlis Amanah Rakyat
Paparan terbaik menggunakan Microsoft Internet Explorer 5 ke atas dengan resolusi skrin 1024x768 pixel.