Institut
Kemahiran MARA Kuching dahulu dikenali sebagai IKM Sarawak terletak
hanya 15km dari bandar Kuching. Ia terletak di dalam kawasan Dewan
Bandaraya Kuching Utara dan perjalanan ke Institut ini akan melalui
Jalan Sultan Tengah serta mengambil masa 20 minit jika memandu daripada
bandaraya Kuching.Di samping itu pengguna yang menggunakan perkhidmatan
bas boleh menaiki Bas No.2B (Petra Jaya Transport) untuk ke IKM
Kuching.IKM Kuching kini berada di tengah kawasan yang pesat membangun.