| Laman Utama | Korporat | Akademik | Panduan Pelatih Baru | Usahawan | Alumni |
-FAQ- -Peta Laman- -Lokasi- -Webmaster-
     
Laman web
IKM/KKTM
IKM Berseri
IKM Sungai Petani
IKM Alor Setar
IKM Sik
IKM Lumut
IKM Kuala Lumpur
IKM Jasin
IKM Johor Bahru
IKM TSYA
IKM Besut
IKM Kota Kinabalu
IKM Kuching
KKTM Balik Pulau
KKTM Petaling Jaya
KKTM Pasir Mas
 
Perkara wajib
   

 

Tingkat 20 & 21,
Bangunan Medan MARA,
No 21 Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
Tel: 603-26915111
Faks: 603-26914510

 
PEMOHON BARU

PANDUAN MENGISI SURAT PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN MARA.

  • SURAT PERJANJIAN
    1. Semua pelatih yang ditawarkan untuk mengikuti Latihan Kemahiran MARA adalah dikehendaki memenuhi dan menandatangani 4 salinan surat perjanjian.
    2. Surat-surat perjanjian yang dilengkapkan dengan tidak sempurna/tidak mengikut peraturan yang ditetapkan atau didapati kotor/terlalu banyak kesilapan akan dikembalikan atau ditolak. Pihak MARA juga tidak bertanggung-jawab atas sebarang kelewatan akibat daripada ini.Pembayaran elaun sara hidup akan hanya dibuat setelah surat perjanjian telah dipenuhi dengan betul atau teratur.
     
  • PERATURAN MENGISI SURAT PERJANJIAN
    1. Surat Perjanjian hendaklah diisi dengan berhati-hati dan cermat dengan tulisan yang jelas menggunakan dakwat hitam (pen dakwat basah) sahaja. Ball-pen, salinan karbon, dakwat biru atau tulisan bertindih/berulang (over lapping) tidak dibenarkan.
    2. Gunakan huruf besar sahaja (Block Letters).
    3. Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dengan satu garisan sahaja dan ditandatangani ringkas (intial) oleh pelatih dan kedua-dua penjamin di tepi kesilapan. Penggunaan sebarang getah atau cecair pemadam adalah tidak dibenarkan.

     

  • CARA MENGISI SURAT SURAT PERJANJIAN
    1. Hanya tulisan rumi dibenarkan untuk mengisi surat perjanjian.
    2. Nama penuh, alamat rumah yang tetap dan No. K/Pengenalan pelatih dan penjamin-penjamin hendaklah diisi dengan betul di dalamsurat perjanjian.
    3. Syarat kelayakan penjamin-penjamin, saksi-saksi dan contoh bagi mengisi borang perjanjian ada terkandung di dalam Buku Penerangan Pelatih Baru yang diedarkan bersama-sama dengan surat perjanjian kepada setiap pelatih.

     

  • CUKAI SETEM
    1. Keempat-empat salinan dokumen perjanjian dikenakan setem hasil/dimatikan setem di sudut kanan muka hadapan tiap-tiap surat perjanjian. Urusan mematikan setem boleh dibuat di mana-mana Pejabat Cukai Setem yang berhampiran. Bayaran RM10.00 akan dikenakan untuk setiap salinan surat perjanjian.

Keperluan Yang Perlu Disediakan Dan Dibawa