KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, Petaling Jaya (KKTM PJ) telah ditubuhkan pada tahun 1972 di atas tapak seluas 0.96 hektar . Sejak ditubuhkan, KKTM Petaling Jaya telah menawarkan berbagai kursus selaras dengan peredaran dan kerperluan semasa. Antaranya ialah Jahitan Pakaian Lelaki dan Wanita, Solekan dan Hiasan Rambut serta Rekaan Fesyen. Pada tahun 1982, Kursus Lukisan Jentera telah diperkenalkan dan diikuti pula dengan Kursus Lukisan Senibina serta Lukisan Rangkabina pada tahun berikutnya. Era elektronik bermula pada tahun 1986 di mana Kursus Elektronik Industri dan Elektronik Instrumen diperkenalkan bagi menggantikan Kursus Lukisan Senibina dan Lukisan Rangkabina yang dipindahkan ke IKM Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1991, Kursus Elektronik Radio dan TV diperkenalkan bagi melengkapkan kursus dalam bidang elektronik. Bermula pada bulan Julai 1995, KKTM Petaling Jaya mula menjalankan program 'Higher National Diploma (HND) di dalam bidang Elektronik melalui program usahasama dengan pihak Edexel United Kingdom dan sehingga sekarang seramai 512 orang pelatih telah berjaya menamatkan program tersebut. Pada bulan Januari tahun 2001, satu lagi program lanjutan telah dijalankan di KKTM ini iaitu kursus Teknologi Multimedia. Program ini adalah program lanjutan kepada pelatih-pelatih lepasan IKM dari jurusan Teknologi Senibina. Jangkamasa kursus ini ialah selama enam bulan. Bagi mencapai matlamat dan objektif MARA, halatuju KKTM Petaling Jaya tidak bernohtah di sini. Kursus-kursus baru akan diperkenalkan bagi memantapkan lagi kewujudan Institusi Kejuruteraan MARA di alaf ini. Oleh itu sama-samalah kita berdoa agar misi ini akan menjadi kenyataan,Insya Allah.
ARAS
KEGUNAAN
ARAS BAWAH
LOBBY&STOR
ARAS 1
ARAS 2
ARAS 3
ARAS 4
ARAS 5
ARAS 6
ARAS 7
ARAS 8
ARAS 9